28 Julai 2018: Pasukan Alumni Pilihan Juarai Bola Sepak Amal Alumni 4Asnaf | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » 28 Julai 2018: Pasukan Alumni Pilihan Juarai Bola Sepak Amal Alumni 4Asnaf

28 Julai 2018: Pasukan Alumni Pilihan Juarai Bola Sepak Amal Alumni 4Asnaf

 

  

SERDANG, 28 Julai 2018 – Pusat Alumni dengan kerjasama Pusat Sukan UPM berjaya  menganjurkan program Bola Sepak Amal Alumni 4Asnaf bersama rakan radio Hot FM/ Kool FM. Sukan Sinar dan Kampus Uols Sinar Harian telah dipilih sebagai rakan media untuk program ini. Perlawanan bola sepak yang berlangsung di Stadium UPM di antara pasukan pilihan Alumni UPM dan Hot FM/Kool FM bertujuan menzahirkan semangat kesukanan antara alumni dan seterusnya menambah dana bagi Tabung Sumbangan Kebajikan Pelajar RM10 juta.

Menteri Besar Selangor, YAB Amirudin Shari (Alumni Kelas 2003) turut hadir bagi acara perasmian dan melakukan sepak mula sebagai simbolik sebelum perlawanan bermula. Rakan artis yang hadir pada program tersebut adalah Tomok, Black, dan Akim serta penyampai radio Haziq dan Amar Hot Fm yang terlibat dalam perlawanan amal bola sepak menentang pasukan pilihan Alumni UPM. Alumni UPM telah menjuarai pertandingan ini dengan mata seri 4-4 dengan tendangan gol penalti.

 

Selain perlawanan Bola Sepak Amal UPM Alumni 4 Asnaf, Pusat Alumni turut menganjurkan Klinik Bola Sepak pada sebelah pagi yang dihadiri oleh anak-anak alumni dan komuniti setempat bertujuan berkongsi ilmu dan teknik dengan pakar bola sepak.

Pusat Alumni merakamkan ucapan terima kasih kepada penaja utama iaitu Eco Synergy Solution Sdn Bhd, Kedai Banner dot.com, Embroidery Zone, Muscle Ace, Gocoach, Serdang Kickers, Bina Paint, Ombak Exclusive, Perniagaan Shapini, Therapy on Demand, Amco Niaga, KNS Creative Sdn Bhd, KZ Empire and Semuanya Bola/SBX.

Tarikh Input: 14/08/2018 | Kemaskini: 15/08/2018 | hafzaini

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEZXAC~