| Pusat Perhubungan Alumni

21 Ogos 2018: Temu Mesra Alumni - Datuk Seri Mazlan Lazim

 

KUALA LUMPUR, 21 Ogos 2018 - Pihak Pusat Alumni berkesempatan mengadakan kunjungan hormat bersama Yang Berbahagia Datuk Seri Mazlan Lazim, Ketua Polis Kuala Lumpur yang merupakan Alumni Kelas 1985. Beliau juga adalah Presiden Persatuan Alumni Palapes UPM (ALPUTRA) yang telah ditubuhkan pada tahun 2017.

Pada pertemuan ini telah diadakan sedikit sesi perkongsian bersama beliau mengenai Majlis Makan Malam Sirih Pulang Ke Gagang @ Homecoming X serta beberapa inisiatif Pusat Alumni dalam memperkasakan jalinan di antara UPM dan alumni khususnya ahli Persatuan ALPUTRA.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Datuk Seri kerana sudi menerima kunjungan kami.

SXDdHAg~