1 April 2018: Showcase Jalinan Alumni UPM @Zoo Taiping Siri II | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » 1 April 2018: Showcase Jalinan Alumni UPM @Zoo Taiping Siri II

1 April 2018: Showcase Jalinan Alumni UPM @Zoo Taiping Siri II

 

  

SERDANG, 1 April 2018 – Pusat Alumni dan Zoo Taiping terus komited menganjurkan Showcase Jalinan Alumni UPM @ Zoo Taiping dan Night Safari yang merupakan salah satu program komuniti dalam melestarikan jalinan alumni-komuniti di sekitar Taiping, Perak. Pelbagai aktiviti dan pertandingan telah berjaya dilaksanakan antaranya Fitness Dance, Treasure Hunt dan Pertandingan Mewarna.

   

Pada program tersebut turut dilaksanakan projek penanaman pokok dalam usaha memulihara kehijauan flora. Pengarah Pusat Alumni, Prof. Dr. Hazandy Abdul Hamid berkata inisiatif Pusat Alumni mengadakan program ini sejajar dengan keperluan iklim negara yang memerlukan banyak pokok bagi mengurangkan kesan cuaca panas di negara ini. Program ini juga adalah platform untuk memupuk kesedaran alam sekitar di kalangan alumni,  pelajar UPM dan masyarakat,” katanya. Seramai 400 alumni UPM, pelajar dan masyarakat sekitar Taiping mengambil bahagian dalam program tersebut.

Tarikh Input: 16/08/2018 | Kemaskini: 16/08/2018 | hafzaini

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEUQAd~