14-15 Ogos 2018: Pusat Alumni Jayakan TRACE Korporat Siri VII @KUALA LUMPUR - SELANGOR | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » 14-15 Ogos 2018: Pusat Alumni jayakan TRACE Korporat Siri VII @KUALA LUMPUR - SELANGOR

14-15 Ogos 2018: Pusat Alumni jayakan TRACE Korporat Siri VII @KUALA LUMPUR - SELANGOR

 

SERDANG, 14-15 Ogos 2018 - Pusat Alumni UPM mengambil inisiatif untuk menganjurkan Tracing Alumni for Collaboration & Engagement (TRACE) Korporat Siri VII di Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Cyberjaya; Akademi Percukaian Malaysia, Bandar Baru Bangi dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Kuala Lumpur. Program ini merangkumi aktiviti-aktiviti seperti perkongsian program-program alumni yang akan datang dan menekankan pentingnya alumni untuk terus memberikan sokongan mereka, dalam apa sahaja yang mereka boleh, kepada alma mater, dalam usaha UPM untuk mencapai kedudukan sebagai 200 universiti terbaik dunia pada tahun 2020. Selain itu, Pengarah Pusat Alumni, Prof. Dr. Hazandy Abdul Hamid mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam program ini.

 

Program ini disusuli dengan sesi dialog antara Alumni dan Pengurusan ACUPM di mana maklum balas yang diterima mengukuhkan lagi hubungan dengan alumni-alma mater. Pelbagai idea juga ditukar untuk kebaikan alumni. Ia merupakan satu program yang menyeronokkan dan tidak dapat dilupakan kepada 50 alumni yang menghadiri program ini.

Tarikh Input: 16/08/2018 | Kemaskini: 16/08/2018 | hafzaini

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEbJAa~