| Pusat Perhubungan Alumni

11 Mei 2018: Tautan Mahabbah: Ihsan Asas Kecemerlangan Alumni UPM

 

SERDANG, 11 Mei -  Pusat Alumni dengan kerjasama Pusat Islam Universiti, Persatuan Alumni UPM dan Sahabat Masjid UPM menganjurkan Tautan Mahabbah dan Karnival Ambang Ramadan yang merupakan salah satu program meraikan Sambutan Hari Alumni UPM 21 Mei bagi tahun 2018 pada jam 7.00 malam, bertempat di Masjid UPM.

Satu syarahan agama telah disampaikan oleh Da’i Syafiqah yanng bertajuk “Ihsan Asas Kecemerlangan Alumni UPM” diikuti Doa Selamat dan Tahlil. Pada majlis itu juga, sumbangan ikhlas telah dihulurkan kepada anak-anak yatim Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa, Putra Perdana, Pusat Jagaan Mesra, Puchong dan pelajar asnaf UPM. Pusat Alumni sangat menghargai sumbangan daripada para penyumbang antaranya Syarikat Faiza Sdn. Bhd., Amco Niaga Sdn. Bhd dan Lab Solution Sdn. Bhd.

Pada program itu juga turut diadakan perasmian Karnival Ambang Ramadan yang dilancarkan oleh Prof. Dr. Zulkifli Idrus, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UPM. Para tetamu dihidangkan dengan nasi ambeng di akhir majlis. Kira-kira 200 jemputan menghadiri majlis berkenaan.

SXETUAg~