EKSPRES PERDANA - KEJAYAAN BERHARGA | Pusat Perhubungan Alumni
» ARTIKEL » EKSPRES PERDANA - KEJAYAAN BERHARGA

EKSPRES PERDANA - KEJAYAAN BERHARGA

Mempunyai latar pendidikan dalam bidang pertanian, bukanlah penghalang bagi pemilik nama ini memulakan lembaran kerjaya dalam perusahaan bas ekspres. Kini Laili Ismail merupakan Pengarah Urusan Tiara Persona dan Ketua Pegawai Eksekutif Ekspres Perdana. Ekspres Perdana yang memulakan operasinya sejak tujuh tahun lalu menerima anugerah Pengendali Terbaik Kategori Bas Ekspres oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Tentunya pengiktirafan tersebut memberi suntikan semangat ke­pada pengurusan dan staf untuk terus cekap dan berdaya saing demi menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pengguna di negara ini. Kini, Ekspres Perdana telah melabur kira-kira RM60 juta untuk membeli 62 buah bas ekspres dalam tempoh enam tahun bagi memantapkan operasi pengangkutan awam yang disediakan syarikat itu.

“Sebelum berkecimpung dalam bidang ini, saya merupakan seorang kontraktor. Saya kira doa saya setiap malam agar saya dapat menjalankan perniagaan dalam bidang selain pembinaan akhirnya dimakbulkan tuhan”, tuturnya. Nekad untuk serius dalam perniagaan pengangkutan darat ini, beliau dan isterinya yang merupakan seorang guru, sanggup berhenti kerja bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada perusahaan ini.

Ekspres Perdana akan membuat perubahan dengan menukar logo dan reka bentuk badan bas yang baharu selaras dengan perkembangan teknologi terkini. Dengan tema “Bas Warna Warni, Plat Ribu-ribu”, beliau percaya perubahan ini mampu menarik perhatian pengguna.

KLIK UNTUK ARTIKEL PENUH.

Artikel ini ditulis oleh Nik Hafzaini Nik Hassan (Alumni Kelas 2006) dalam Majalah Alumni UPM "Serdang Sun", Volume 09, Isu 05 (Julai-Disember 2016).

Tarikh Input: 08/10/2017 | Kemaskini: 31/08/2018 | hafzaini

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEZOAY~