| Pusat Perhubungan Alumni

45 tahun tidak bertemu, MEKAR 14 temukan alumni Diploma Sains Dengan Pendidikan 1973/74

Ringkasan Artikel

Bertemu pasti ada berpisah. Ada umur Panjang pasti akan bertemu kembali. Itulah yang dilakukan oleh alumni Diploma Sains dengan Pendidikan 1973/74

Oleh : Suziana Che Wil

 

Bertemu pasti ada berpisah. Ada umur Panjang pasti akan bertemu kembali. Itulah yang dilakukan oleh alumni Diploma Sains dengan Pendidikan 1973/74. Setelah tamat pengajian di Universiti Putra Malaysia, masing-masing dengan haluan sendiri. Ada yang menyambung pengajian dan ada juga yang terus bekerja. Namun tali silaturrahim dan persahabatan tidak terputus begitu sahaja.

Tanggal 21 September 2023, setelah hampir 45 tahun tidak bertemu, mereka kembali ke alma mater dengan penubuhan Chapter Diploma Sains dengan Pendidikan 1973/74 secara rasmi. Dengan tertubuhnya, chapter ini pastinya lebih banyak agenda, program dan aktiviti yang dapat dilakukan dengan lebih membawa manfaat kepada para pelajar dan juga Universiti.

Lebih ramai alumni yang kembali ke alma mater, lebih banyak ruang dan peluang yang boleh diwujudkan untuk membantu para pelajar yang memerlukan. Sehingga kini Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) sudah berjaya menubuhkan pelbagai chapter daripada pelbagai latar belakang dan bidang kerjaya.

Seramai 38 alumni daripada Diploma Sains dengan Pendidikan 1973/74 telah hadir pada majlis penubuhan chapter tersebut dan membawa kepada penyerahan sumbangan kepada tabung  1 Alumni 1 Sumbangan Ringgit sebanyak RM1,600.00.

Sumbangan diserahkan kepada Timbalan Pengarah ARCUPM Encik Fahmi Azar Mistar. Bukan jumlah sumbangan yang menjadi penekanan tetapi kesudian alumni-alumni ini kembali menyumbang kepada alma mater yang perlu dibanggakan.

Alumni dan alma mater dua badan yang perlu saling bekerjasama untuk sama-sama menjulang nama Universiti bukan sahaja peringkat tempatan tetapi juga pada peringkat antarabangsa.

Sehingga kini program MEKAR sudah sampai kepada siri 14 penganjuran yang berjaya membawa pulang alumni UPM ke alma mater dengan pelbagai aktiviti, program, sumbangan dan juga penubuhan chapter.

Pusat Perhubungan Alumni sentiasa membuka peluang dan ruang untuk para alumni kembali ke alma mater dengan pelbagai cara dan aktiviti.

SXERXAB~