Tautan Mahabbah

Tautan Mahabbah diadakan sebagai tanda kesyukuran dan memohon keberkatan daripada Allah S.W.T agar dilimpah rahmat kepada warga kampus dan komuniti Serdang serta para alumni UPM di mana jua mereka berada. Di samping itu, silaturrahim dan keakraban persahabatan komuniti kampus dan alumni UPM sentiasa diperkukuh dan dipertingkat serta dapat mengimbau sejarah penubuhan universiti dan memberi makna kepada pembangunan UPM.

Program ini adalah anjuran Pusat Alumni dengan kerjasama Pusat Islam Universiti dengan sokongan semua komuniti kampus UPM dan semua khariyah di Serdang.