CHAPTER STUDENT AMBASSADOR (CSA)

CHAPTER STUDENT AMBASSADOR

Jika anda mencari platform untuk kembangkan potensi diri dalam pelbagai aspek.

Ayuh sertai kami!
Sebagai Duta Pelajar Universiti Putra Malaysia.
Persatuan Pelajar: Chapter Student Ambassador (CSA).

 

APA ITU CSA?

 

Chapter Student Ambassador (CSA) sebuah kumpulan pelajar yang ditubuhkan oleh Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (ARCUPM) untuk mewujudkan satu hubungan rapat antara pelajar UPM dengan alumni. 

 

CSA juga memainkan peranan penting sebagai perantara ARCUPM dengan kolej kediaman, fakulti dan universiti untuk menyampaikan informasi kepada para pelajar UPM terutamanya mengenai program bersama Alumni.

 

CSA telah memberikan sokongan kepada semua aktiviti dan program ARCUPM bermula dari tahun 2014 hingga sekarang dalam pelbagai aktiviti merangkumi elemen kepimpinan, komunikasi korporat, keusahawanan malah kesukarelawanan. 

  • Berpeluang untuk mengembangkan potensi diri
  • Berperanan sebagai duta pelajar universiti kepada alumni UPM
  • Memperluaskan rangkaian bersama alumni universiti
  • Terbahagi kepada 6 Homeroom

 HOMEROOM

  1. MEKAR
  2. SEBA
  3. MUSAADAH
  4. HOMECOMING
  5. SHOWCASE
  6. TRACE

AKTIVITI CSA

  1. Fraternity Camp
  2. Watikah Pelantikan CSA
  3. SEJAM BERSAMA ALUMNI (SEBA) 
  4. Petugas Majlis Konvokesyen UPM 
  5. Showcase CSA
  6. Majlis Apresiasi CSA
  7. Buggy Putrabiz@Alumni
  8. MOBILITI PELAJAR UPM: KEMBARA DUNIA YOGYAKARTA