|
Pusat Alumni telah ditubuhkan pada tahun 1999 bertanggungjawab mewujudkan jalinan perhubungan sepanjang hayat di antara Alumni dengan Alma-mater . Sejarah Pusat Alumni bermula dengan penubuhan Unit Alumni sehingga tahun 2001 dan kemudiannya dikenali sebagai Pusat Perkhidmatan Kerjaya dan Alumni (PKKA) sebelum ia dinamakan semula kepada nama asalnya iaitu Pusat Alumni pada tahun 2006. Pusat ini bertanggungjawab kepada perhubungan alumni, kajian pengesanan alumni dan sumbangan endownmen UPM
Prof. Madya Dr. Rohani Ibrahim merupakan Pengarah Pusat Alumni yang pertama dan sehingga kini masih lagi menjawat jawatan tersebut. Beliau bersama- sama dengan kakitangan Pusat Alumni bertanggungjawab dalam merancang dan menyelaras pelbagai program berkaitan alumni. Pada ketika ini, fokus utama PA adalah membentuk jalinan dan perhubungan dengan alumni UPM, pengantara bagi pakatan strategik antara UPM dan alumni dalam sektor awam dan korporat di Malaysia dan juga Antarabangsa.
Selepas beroperasi di Bangunan Pentadbiran selama 3 tahun, pada tahun 2002, PA telah berpindah ke bangunan baru dan memulakan operasinya di Bangunan C13, Lorong Pongamia 3, UPM. Pada tahun 2005, Prof. Dr. Kalthum Hashim telah dilantik sebagai Timbalan Pengarah untuk membantu melicinkan operasi pentabiran di Pusat Alumni. Kini, kakitangan PA adalah seramai 16 orang.
Pusat Alumni turut bertindak sebagai pusat pengantara/ liaison kepada Persatuan Alumni UPM (PAUPM). PA dan PAUPM sentiasa bekerjasama erat dalam meningkatkan sumbangan endownmen UPM dan melaksanakan pelbagai program. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan oleh PA seiring usia kematangannya. Antara aktiviti- aktiviti yang berjaya mencuri tumpuan dan menarik minat pelajar dan alumni adalah seperti ‘The Alumni Mentoring Program', ‘The Alumni Outreach Program', Bengkel ‘Get That Job', Alumni Reunion dan Majlis Silaturrahim, Homecoming, Syarahan Awam Yayasan Pak Rashid, Intervasity Alumni Golf, Ragbi Alumni serta banyak lagi.
|