Piagam Pelanggan

PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI (HEPA), UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

Bagi mencapai hasrat ini, semua staf entiti Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) akan memberi perkhidmatan yang mesra, selesa, cekap dan akan:

  • Memaklumkan keputusan permohonan aktiviti pelajar (kertas kerja yang lengkap) dalam tempoh (3) hari bekerja.

 

  • Memaklumkan keputusan permohonan zakat pelajar dalam  tempoh (8) hari bekerja selepas temu duga dijalankan.

 

  • Memastikan 100% pelajar dapat berjumpa dengan kaunselor (sesi kaunseling individu bersemuka kali pertama) pada hari yang sama (masa bekerja).

 

  • Memaklumkan keputusan permohonan aktiviti kursus Kokurikulum Berkredit diluluskan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas kertas kerja yang lengkap diterima.

 

  • Menyediakan peluang kerjaya kepada pelajar melalui jalinan kerjasama dengan seratus (100) syarikat/industri.

 

  • Memastikan keputusan permohonan menggunakan kemudahan sukan diberi dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selapas menerima permohonan.

 

  • Menyalurkan maklumat aktiviti dan artikel mengenai alumni melalui penerbitan majalah Serdang Sun sebanyak dua (2) kali setahun kepada alumni UPM.

 

  • Menyalurkan maklumat terkini dan aktiviti Pusat Alumni melalui e-buletin laman sesawang Pusat Alumni UPM sebanyak dua belas (12) kali setahun kepada alumni UPM.