UTAMA | Pusat Perhubungan Alumni

Sebagai pemegang taruh, alumni membantu dalam menjalinkan hubungan bersama pemegang taruh yang lain seperti industri, rakan universiti, organisasi tempatan dan antarabangsa. Kesemua pemegang taruh ini mesti mempunyai minat untuk berkolaborasi dengan UPM untuk tujuan akademik, penyelidikan dan pengkomersilan sejajar dengan Pelan Strategik UPM. Justeru, Pusat Perhubungan Alumni selaku sekretariat bagi Yayasan Pak Rashid (YPR) mengurus dan menyelaras biasiswa pelajar dan turut menganugerahi pingat emas dan hadiah iaitu “Pingat Emas Yayasan Pak Rashid” kepada pelajar cemerlang. YPR turut menyediakan pinjaman kewangan kepada pelajar yang memerlukan bantuan kewangan jangka pendek bagi membiayai kos pengajian mereka. Pusat Perhubungan Alumni juga turut mengurus dan menyelaras Biasiswa Soh Kim Mee khususnya kepada pelajar Diploma dan Bacelor dalam bidang Pertanian.

Pusat Perhubungan Alumni mempunyai 18 orang staf merangkumi Pengurusan & Profesional dan Pelaksana. Kami sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik dalam melestarikan hubungan jalinan alumni-Alma mater ke arah kecemerlangan UPM.

Pusat Perhubungan Alumni telah menerima kerja lapangan daripada Pejabat Alumni, Institut Pengajian Tinggi Malaysia dan Luar Negara saban tahun. Kira-kira 2-3 lawatan kerja diterima setiap tahun antaranya daripada Pusat Alumni Universiti Utara Malaysia, Pejabat Perhubungan Alumni Universiti Teknologi Mara, Institut Pertanian Bogor, Indonesia dan banyak lagi.

 

Sistem Maklumat Alumni (AIS) merupakan sebuah laman portal alumni yang akan dibangunkan oleh Pusat Alumni untuk mengumpul dan mengemaskini data dan profil alumni UPM secara lebih komprehensif dan efisien. Laman portal ini bertujuan untuk memastikan maklumat dan profil alumni sentiasa bersifat terkini, aktif dan mudah untuk dihubungi bagi tujuan hebahan dan publisiti pelbagai aktiviti/ program anjuran UPM.

Para alumni boleh mengemaskini maklumat diri di sini KEMASKINI MAKLUMAT ALUMNI.

artikel
45 tahun tidak bertemu, MEKAR 14 temukan alumni Diploma Sains Dengan Pendidikan 1973/74
Bertemu pasti ada berpisah. Ada umur Panjang pasti akan bertemu kembali. Itulah yang dilakukan oleh alumni Diploma Sains dengan Pendidikan 1973/74
45 tahun tidak bertemu, MEKAR 14 temukan alumni Diploma Sains Dengan Pendidikan 1973/74
SUMBANGAN ALUMNI DEMI KELANGSUNGAN PELAJAR, MEMBAWA MAKNA YANG AMAT MENDALAM
SUMBANGAN ALUMNI DEMI KELANGSUNGAN PELAJAR, MEMBAWA MAKNA YANG AMAT MENDALAM
Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia Komited dalam Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)
Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia Komited dalam Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)
Artikel-artikel lain...
berita
Program Ihya’ Ramadan: Chapter Alumni YOSH bersama Majlis Perwakilan Fakulti Pengajian Pendidikan Edar Bubur Lambuk
Program Ihya’ Ramadan: Chapter Alumni YOSH bersama Majlis Perwakilan Fakulti Pengajian Pendidikan Edar Bubur Lambuk
Program Ihya’ Ramadan Chapter Alumni YOSH UPM bersama Majlis Perwakilan Fakulti Pengajian Pendidikan (FEDSSCO) telah mengadakan agihan dan edaran bubur lambuk di hadapan pekarangan Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP) secara pandu lalu.
pengumuman

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kepada Alumni UPM yang dihormati,

UPM dan Pusat Perhubungan Alumni UPM komited ke arah menyediakan perkhidmatan yang berkualiti bagi memenuhi kepuasan pelanggan. Sila bantu kami dengan meluangkan masa beberapa minit untuk menjawab soalan dibawah. Terima kasih.

Mohon untuk klik pautan dibawah dan pilih Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia.

SOAL SELIDIK KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

Tiada tawaran sebutharga.


MAKLUMAT LANJUT: http://etender.upm.edu.my

Tiada tawaran jawatan kosong.


MAKLUMAT LANJUT: eJOBS

aktiviti
ikuti kami
fb.png
insta.png
twitter.png
youtube.png
SXEPIAQ~